Benzmazy
Total Pageviews
Sunday, 14 August 2011
Kenanganku..
Kiranya ini lahbuat kali pertama aku menulis dalam blog ...all this while aku just membaca, melihat dan mendengar blog itu apa sebenarnya .. lantas ku fahami dan ini lah tempat yang terbaik untuk orang yang semacam kau untuk meluahkan apa yang terbuku didalam atiku ... Hidup di dunia yang fana ni ada lah bergantung kepada nasib diri untuk mencorakkan masa depan yang lebih baik, Diantara mereka yang ada aku adalah diantara mereka yang paling degil, aku pun tidak tahu kenapa..masih aku ingat lagi ketika aku mula bersekolah di darjah satu, setiap hari berjalan kaki dalam 2km memang sudah menjadi rutin harian ku dengan abgku, kaki pun naik kematu, kekadang bila hujan habis kuyup dibuatnya. Sedih memang sedih lah time tu tapi dengan adanya pengalaman itu membuat kan aku terus bertekad untuk mengubah masa depanku, hidup tanpa belaian kasih sayang membuatkan aku memberontak,.Aku, dengan adik bongsu ( syukur lah dah berkerja skunk ni) sering kali ditinggalkan oleh ibu dan ayahku, antara makan dengan tidak semua terletak atas bahuku... Adik beradik yang lain bahagia dengan haluan hidup dorang sendiri, masih segar dalam ingatanku kali pertama aku masak nasi, aku menagis sebab nasi tu mentah dah aku menagis melihat adikku kelaparan, dan apa yang abgku buat ( skunk ni kerja kat Singapore as M&E Supervisor) dia bakar ubi kayu dan aku ngan adikku bergitu lahap memakannya dengan seekor ikan masin... mengalir air mataku tat kala aku melihat abgku bergitu bersungguh menolong menjaga kami walau pun ketika itu dia berada didarjah 5, namun sikap kematangan diri yang ada pada diri abgku itu membuatkan aku sangat teruja, dimana ibuku ketika kami lapar sewaktu balik sekolah, dimana ibu dan ayahku ketika kami hendak tidur malam, dimana mereka ketika kami memerlukan wang untuk perbelanjaan harian kami. Sangat teruja hidup aku saat itu, baju sekolah yang ada dipakai untuk satu tahun, cuba bayang kan bertapa comotnya baju sekolah ketika itu dan seluar sekolah ku pula berikat dengan tali nylon, kekadang aku malu sendiri dengan keadaan diriku, namun aku cekalkan jua diri aku untuk terus kesekolah kerana aku tak nak kehilangan dan tercicir dalam mencari ilmu yang sangat berguna, sangat sedih bila aku kenangkan... tapi aku bersyukur kerana aku masih mampu untuk mengecapi sedikit kebahagian...
Subscribe to:
Comments (Atom)